Piagam Pelanggan Majlis Daerah Sik
- Memastikan semua aduan awam yang diterima akan diurus dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
- Semua aduan am kesihatan dalam bidang kuasa Majlis akan disiasat serta diambil tindakan dalam tempoh masa 7 hari bekerja.
- Memproses dan meluluskan permohonan lesen perniagaan dalam tempoh 14 hari bekerja (tidak kritikal) dan 45 hari bekerja (kritikal) dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap dan diluluskan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan.
- Memproses dan meluluskan serta merta permohonan lesen perniagaan pasar malam, pasar sehari dan Pasar Ramadhan.
- Memproses permohonan Pindah Milik Pegangan dalam tempoh 1 hari bekerja.
- Memproses permohonan Permohonan Serentak / Kebenaran Merancang dalam tempoh 108 hari.
- Memproses permohonan Pelan Bangunan / Tambahan dan Pindaan Bangunan / Premis Bangunan Sementara / Kerja Kecil Bangunan dalam tempoh 69 hari.
- Memproses permohonan Pelan Kejuruteraan dalam tempoh 80 hari.