Tema air_btn anggur btn_default Saiz Teks alttext alttext alttext Skema Warna alttext alttext alttext alttext alttext Teks Suara Teks Suara
/ / Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
alttext
 
LATAR BELAKANG
Kedudukan Geografi

Daerah Sik terletak di sebelah timur Negeri Kedah, bersempadanan dengan Negara Thailand di bahagian timur laut dan utara. Ia juga bersebelahan dengan Daerah Baling di selatan, Daerah Kuala Muda di barat daya, Daerah Pendang di barat dan Daerah Padang Terap di barat laut.

peta Sik

 Sejarah Sik

Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik.

Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.

Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan "Sik" berasal dari "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi "Sik". Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong.

Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 November 2010
 
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Unit Tadbiran Perancangan dan Pengurusan Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  
Kerajaan Negeri Kedah MYID eTanah  
MSC Malaysia OSC Online  
      

 

Klik di sini untuk pautan