
MAJLIS DAERAH SIK
JAWATAN KOSONG
Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman / Warga Negara Malaysia untuk memenuhi jawatan yang tersebut di bawah:-
| 1. | Jawatan | : | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) |
| | Kumpulan Perkhidmatan | : | SOKONGAN |
| | Klasifikasi Perkhidmatan | : | PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN |
| | Taraf Jawatan | : | TETAP |
| | Jumlah Kekosongan | : | 1 |
| | Gred Gaji | : | GRED N17 |
| | | | P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35 |
| | | | P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50 |
| | | | P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95 |
| |
| Syarat Lantikan : |
| Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: |
| | a) Warganegara Malaysia; |
| | b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan; |
| | c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; |
| | d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; |
(** Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
| 2. | Jawatan | : | PEKERJA RENDAH AWAM (LELAKI) |
| | Kumpulan Perkhidmatan | : | SOKONGAN |
| | Klasifikasi Perkhidmatan | : | PERKHIDMATAN MAHIR / SEPARUH MAHIR / TIDAK MAHIR |
| | Taraf Jawatan | : | KONTRAK |
| | Jumlah Kekosongan | : | 4 |
| | Gred Gaji | : | GRED RI |
| | | | P1T1 RM 647.51 - P1T14 RM 1,178.43 |
| | | | P2T1 RM 689.98 - P2T14 RM 1,242.09 |
| | | | P3T1 RM 734.08 - P3T14 RM 1,307.38 |
| |
| Syarat Lantikan : |
| Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: |
| | a) Warganegara Malaysia; |
| | b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan; |
| | c) (i) Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan; Dan |
| | (ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan dengan pembersihan di Sik Inn dan Melor Inn. Dan |
| | d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik. |
| CARA MEMOHON : |
| |
| (a) | Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Majlis Daerah Sik dengan bayaran wang proses RM 2.00. |
| (b) | Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang berkaitan serta sekeping Gambar berukuran pasport. (Salinan sijil-sijil perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu) |
| (c) | Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan bersama. |
| (d) | Permohonan berikut akan DITOLAK |
| | (i) tidak disertakan dokumen yang diperlukan ; |
| | (ii) tidak lengkap dan tidak terang; |
| | (iii) borang tidak ditandatangani ; dan |
| | (iv) tidak disertakan gambar |
| (e) | Pemohonan ini hanya sah selama 1 tahun dari tarikh iklan. |
| (f) | Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25sm. X 32sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon. |
| (g) | Alamatkan permohonan kepada: YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH SIK, 08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN. |
| |
| TARIKH TUTUP : 15 april 2012 |
| CATATAN AM : |
| 1. | Hanya calon-calon yang layak dan di senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga. |
| 2. | Pemohon-pemohon yang berjaya dipanggil untuk ditemuduga tetapi tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh ditemuduga hendaklah menganggap mereka tidak berjaya. |