Cukai Taksiran/ cukai pintu dikenakan keatas harta kepentingan di dalam kawasan MDS. Ianya meliputi harta-harta berikut:
| Kediaman | |
| - | Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah Bandar, rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, rumah kedai dan sebagainya. Cukai yang dikenakan ialah 4% daripada nilai tahunan. |
| | |
| Perniagaan | |
| - | Kedai, rumah kedai/pejabat, kompleks membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesyen minyak, pusat rekreasi dan sebagainya. Cukai yang dikenakan ialah 5% daripada nilai tahunan. |
| | |
| Perindustrian | |
| - | Kilang teres, kilang sesebuah dan kilang berkembar. Cukai yang dikenakan ialah 8% daripada nilai tahunan. |
Cukai taksiran ini perlulah dijelaskan sebelum 28/29 hb Februari bagi ½ tahun pertama bagi tempoh (Januari-Jun) dan sebelum 31hb Ogos bagi ½ tahun yang kedua bagi tempoh (Julai-Disember). Denda RM 2.00/sepenggal akan dikenakan bagi bayaran yang lewat diterima.
Pembayaran boleh dibuat melaui kaunter hasil MDS atau di kaunter Pejabat Pos dan juga Pos Online dengan mengemukakan bil cukai taksiran yang diedarkan. Jika tidak menerima bil, sila kemukakan butir-butir harta untuk dibuat semakan di pejabat MDS.