MENU
SYARAT-SYARAT SEWAAN ARENA FUTSAL
i Tempahan / sewaan perlulah dibuat sekurang-kurangnya1 jam sebelum permainan.
ii Semua bayaran adalah bayaran tunai dan mesti dijelaskan semasa tempahan dibuat / disahkan.
iii Bagi sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum permainan.(jika pembayaran awal telah dibuat, caj pengurusan RM 20.00 akan dituntut / dirampas daripada penyewa.)
iv Penggunaan gelanggang adalah mengikut gelanggang yang ditempah bagi tempoh sewaan sahaja. 
  - Tidak dibenarkan menukar gelanggang tanpa kebenaran 'Incharge' yang bertugas.
v Kadar sewa adalah termasuk penggunaan semua kemudahan yang disediakan di dalam Arena Futsal MDS.
vi Makanan luar tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk di dalam Arena Futsal MDS.      
  - pemain / penonton hanya dibenarkan makan di luar Arena Futsal MDS.
vii Dilarang meludah, membuang gula-gula getah, makan atau minum di dalam gelanggang.
viii Dilarang merokok di dalam Arena Futsal.
ix Sampah perlulah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan.
viii Lain-lain syarat yang tertakluk kepada penambahan, pindaan dan / atau syarat baru yang dimaklumkan dari masa ke masa.

 

SYARAT-SYARAT SEWAAN MINI STADIUM
i Tempahan / sewaan perlulah dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum permainan.
ii Semua bayaran adalah bayaran tunai dan mesti dijelaskan semasa tempahan dibuat / disahkan.
iii Bagi sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum permainan.(jika pembayaran awal telah dibuat, caj pengurusan RM 20.00 akan dituntut / dirampas daripada penyewa.)
iv Dilarang meludah, membuang gula-gula getah, makan atau minum di dalam padang Mini Stadium.
v Dilarang merokok di dalam Kompleks Sukan.
vi Sampah perlulah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan.
vii Semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta keselamatan peralatan yang digunakan. Sebarang kerosakan / kehilangan perlu diganti. 
viii Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang kenderaan / binatang peliharaan ke dalam kawasan padang Mini Stadium.
ix Tidak dibenarkan mengorek/menggali mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan untuk tujuan mendirikan khemah/kanopi atau sebagainya tanpa kebenaran daripada MDSIK.
x Bagi kegiatan-kegiatan/aktiviti yang memerlukan permit/lesen/kebenaran daripada agensi-agensi yang berkaitan (contohnya Jabatan Pelesenan MDSIK, Polis, Pejabat Daerah dan sebagainya), pengguna hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan terlebih dahulu.
xi Sebarang sepanduk (banner) /poster/ papantanda tidak dibenarkan dipasangkan di mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan kecuali mendapat kebenaran daripada MDSIK. 
xii Talian elektrik tidak dibenarkan disambung keluar daripada stadium/kompleks sukan kecuali dengan kebenaran daripada MDSIK.
xiii Tidak dibenarkan membakar apa-apa juga bahan di mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan/dewan MDSIK.
xiv Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan.
xv MDSIK tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan /kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan / penyewaan kompleks sukan. MDSIK juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / kehilangan mana-mana kenderaan yang letakkan di perkarangan meletak kenderaan.
xvi Penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertugas.
xvii Penyewa tidak dibenarkan menyewa semula ( meminda hal penyewaan ) kepada orang lain.
xviii Wang cagaran akan dikembalikan setelah MDSIK mendapati semua syarat-syarat yang dikenakan samada secara bertulis atau lisan dipatuhi. Cagaran akan ditahan sekiranya berlaku kehilangan peralatan, kerosakan akibat penyewaan/penggunaan atau hal-hal kebersihan.
xix MDSIK berhak membatalkan tempahan pada bila-bila masa sahaja untuk kepentingan MDSIK dan Kerajaan.
xx Lain-lain syarat yang tertakluk kepada penambahan, pindaan dan / atau syarat baru yang dimaklumkan dari masa ke masa.