MENU

02 Ogos 2019 (Jumaat)

Majlis Daerah Sik telah membuat lawatan kunjung hormat ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya yang dihadiri oleh Dato Yang Dipertua, Tuan Setiausaha, Ahli Majlis serta pegawai-pegawai dari setiap jabatan/bahagian/unit di Majlis Daerah Sik.

Lawatan kunjung hormat ini bertujuan sebagai mengeratkan lagi silaturrahim diantara Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Sik disamping membentangkan laporan prestasi projek yang telah dan sedang dilaksanakan di peringkat PBT.

Kesemua rombongan ini berpeluang beramah mesra dengan Ketua Pengarah JKT, Dato' Noor-Ihsan Haji Che Mat dan YB Menteri KPKT, YB Hjh Zuraida Kamaruddin disamping membincangkan isu-isu berkaitan aduan rakyat dan kaedah-kaedah penyelesaian bagi menangani aduan-aduan yang diterima khusus di daerah Sik.