MENU

AplikasiMobile iKepoh

Aplikasi Mobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile iKepoh

Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan

Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh

Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;

Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan

Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

Berikut adalah 3 syarat penting Pengguna Aplikasi Mobile iKepoh

1 - Android dan iOS

Aplikasi ini dibangunkan untuk pengguna Android dan pengguna iOS.

2 - Mobile Communication Standard

Capaian terbaik bagi pengguna Aplikasi Mobile iKepoh adalah High-Speed Downlink Packet Access (HSDPA) 3.5G ke atas iaitu 3G -3G, H – 3.5G, H+ - 3.75G dan LTE – 4G.

3 - Fungsi GPS

Pengguna hendaklah mengaktifkan fungsi GPS sebelum menghantar aduan melalui Aplikasi Mobile iKepoh.

Prestasi Capaian iKepoh

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari portal rasmi iKepoh di: https://ikepoh.kpkt.gov.my/