MENU
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.”
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Orang yang memuliakan tetamu dan bergaul dengannya akan disayangi oleh Allah dan Rasul.
  2. Di antara sifat orang yang beriman dan bertaqwa ialah bercakap dengan perkataan yang baik serta berdiam diri dari bercakap perkara yang sia-sia.
  3. Memperkatakan sesuatu yang sia-sia adalah satu sifat yang keji di dalam Islam. Oleh itu, berdiam diri adalah lebih baik.
  4. Antara tanda kesempurnaan iman ialah memuliakan tetamu kerana mengharapkan ganjaran dari Allah SWT.

 

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)