MENU

SELARAS DENGAN ARAHAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DAN KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI KEDAH BERKAITAN ANCAMAN WABAK COVID-19, SEMUA PENGUSAHA PREMIS MAKANAN DIKEHENDAKI MEMATUHI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19. SEBARANG BENTUK PERNIAGAAN BERKAITAN GERAI ATAU BAZAR RAMADHAN DALAM BENTUK PANDU LALU SERTA TEMPAH DAN AMBIL TIDAK DIBENARKAN.

PREMIS MAKANAN YANG DIBENARKAN BEROPERASI HANYALAH SEPERTI BERIKUT:

DIBENARKAN BEROPERASI:

BIL.

JENIS PREMIS MAKAN

TEMPOH MASA OPERASI

KAEDAH JUALAN

1.

RESTORAN

3.00 PETANG HINGGA 8.00 MALAM

BUNGKUS (TAKE AWAY) ATAU PENGHANTARAN MAKANAN (DELIVERY)

 

2.

MEDAN SELERA

3.00 PETANG HINGGA 8.00 MALAM

BUNGKUS (TAKE AWAY) ATAU PENGHANTARAN MAKANAN (DELIVERY)

 

3.

SYARIKAT FRANCAIS MAKANAN SEGERA DAN PREMIS MAKANAN JENAMA ANTARABANGSA

8.00 PAGI HINGGA 8.00 MALAM

BUNGKUS (TAKE AWAY) ATAU PENGHANTARAN MAKANAN (DELIVERY)

 

4.

PREMIS MAKANAN BUKAN ISLAM

8.00 PAGI HINGGA 8.00 MALAM

BUNGKUS (TAKE AWAY) ATAU PENGHANTARAN MAKANAN (DELIVERY)

 

TIDAK DIBENARKAN BEROPERASI:

● BAZAR RAMADHAN/BAZAR RAYA SAMAADA DI LAPANGAN TERBUKA ATAU DI DALAM BANGUNAN

● TAPAK PENJAJA YANG DISEDIAKAN OLEH PBT, PENJAJA DI MANA-MANA BAHU JALAN ATAU TEMPAT AWAM

●KENDERAAN SAJI (FOODTRUCK)

 

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:

Arahan penjarakkan sosial (social distancing) 1 meter hendaklah dilaksanakan dan semua pelesen, pekerja dan pembeli adalah diwajibkan:

1. Memakai penutup mulut dan hidung (face mask);

2. Menyediakan dan menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer);

3. Tidak mengendalikan perniagaan/memasuki perkarangan kawasan perniagaan sekiranya mempunyai simptom-simptom demam, batuk, selsema, sakit tekak dan kesukaran bernafas;(perlu membuat pemeriksaan di klinik-klinik kesihatan berdekatan).

4. Pengusaha makanan hendaklah sentiasa memastikan proses penyediaan dan penyajian mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

 

ARAHAN INI BERKUATKUASA MULAI 1 RAMADHAN 1441H HINGGA 30 RAMADHAN 1441H. SEKIRANYA TUAN/PUAN GAGAL ATAU INGKAR MEMATUHI ARAHAN INI, TINDAKAN PENGUATKUASAAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG DIPERUNTUKKAN.